Monday, February 18, 2013

TIPS AKU PADA DIRI SENDIRI.

ALHAMDULILLAH

Hari ni sedang asyik berbual telefon bersama seorang sahabat di pondok asrama, tiba2 je hujan, dan datanglah sekumpulan pelajar junior tumpang duduk bersama. alang-alang kami duduk bersama, maka di kesempatan itu kami bertaaruf.. berbual seperti dah lama berkenalan. Adik-adik yang sangat ceria. Perkenalan bersama mereka sebenarnya ada hikmahnya. Memandangakn aku ni lebih tua, dan mereka masih di tahun pertama, macam2 tips mereka minta dari aku dalam study.
Secara jujurnya aku bukanlah orang yang layak untuk memberi tips2 dalam study kerana aku sendiri agak terkontang kanting dalam study. Cumanya, dari pengalaman hidupku, ada lah beberapa tips yang aku boleh kongsikan bersama mereka. itu pun tips yang dikongsikan oleh sahabatku kepadaku suatu ketika dahulu. antara tips2 yang aku beri kepada mereka ialah:
 - bersikap telus dengan kawan-kawan, yang mana tidak perlu la bersikap terlalu memendam rasa andainya ada salah faham. dikhuatiri nanti akan menjadi titik hitam di hati. jadi bersikap telus, berterus terang tapi dengan cara yang baik dan bahasa yang baik. InsyaAllah, silaturrahim yang terbina, dapat diperkukuhkan. Walaupun bunyi nya mudah, tapi ia memerlukan kekuatan untuk bersikap telus, dan x semua orang mampu untuk berterus terang dalam sesuatu perkara
 - jaga kawan baik-baik. Jangan biarkan kawan kita hanyut sendirian. kalau kita nampka kawan kita dilanda ombak, bantu lah kawan kita, beri suntikan semangat kepada kawan kita. Walaupun kawan tu hanya hadir dalam hidup kita bila mereka memerlukan kita, tak salah pun. berkawan kalau kerana Allah, kita tak akan merasa kehadiran mereka seperti itu. Jangan lah kita mnejadi kawan yang makan kawan, menikam mereka dari belakang, dan membuka aib mereka. andai ada yang memaki, mencaci atau membuka aib mereka, tak salah kita tutup aib mereka dan bela mereka kan. mereka juga manusia sepertimana kita. tak lari dari melakukan kesilapan. dan kalau kita sayang kawan kita tu, tegurlah apa yang berpatutan.
 - berfikiran positif. ini adalah perkara yang aku rasa agak susah untuk dilakukan oleh semua orang. Dan aku sendiri pun masih lagi belajar untuk berfikiran positif. cuba untuk bersangka baik dengan setiap perkara yang wajar, dan yakin dengan ketentuan Allah. antara cara untuk berfikiran positif ialah dengan bersangka baik, membuka pintu minda dari melabel seseorang atau sesuatu perkara. Kalau kita berfikiran positif, biarlah orang marah kita dengan kesalah2 yang telah kita lakukan, InsyaAllah kita akan dapat menerima teguran itu dengan hati yang terbuka. tidak mendendam sesiapa. Mungkin kita akanbersedih kerana dimarahi, tapi percayalah, dengan berfikiran positif, sedih itu hanya sementara dan sekejap sangat dirasa, kerana kemudiannya kita akan menilai balik teguran orang dan perbaiki diri kita.
 - yakin dengan diri sendiri dan kekuasaan Allah. Yang ni aku paling tekankan. sebab walau apa pun yang kita nk lakukan, kalau kita sendiri tak yakin dengan diri kita, macam mana orang lain nak yakin dengan kita. kalau terasa diri kita sangat lemah, yakinlah Allah sentiasa bersama dengan hamba-hambaNya yang mentaati perintahNya. Dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Bersangka baik dengan Allah, yakin dengan Allah, dan sabar, InsyaAllah, segala urusan kita akan berjalan lancar. selain tu, kita cubalah dekatkan diri kita dengan kawan2 yang lebih nampak sikap kepimpinan mereka, kerena mereka ni kebiasaannya memang berkeyakinan tinggi, rasional dan berfikiran terbuka.

jadi, tips2 ni adalah dari pengalaman aku sendiri dan daripada sahabat aku yang banyak mendorong aku dalam perbaiki kelemahan diri aku. Apa yang penting, jangan lah bersikap mementingkan diri sendiri sehingga menzalimi orang lain.
Aku rasa ni je kot yang dapat aku share kali ni. Harap2 dapat mendatangkan manfaat kepada semua yang membaca. mungkin ianya mudah dan dah biasa dibaca atau didengar. Tapi, saling mngingatkan tu yang paling penting supaya kita tak lupa. :)