Tuesday, December 18, 2012

HOW TO BE A GOOD MUSLIM

Today, during lecture in class, we are supposed to discussed on Planning Religious Facilities. How ever, due to excitement shows by my lecturer, it became an Islamic Built Environment lecture. It is not a heavy topic at all, but a pack and and easy to understand.

As a beginning, its just a question on how to plan a religious facilities. What is the basic? How we are supposed to provide it? Build it? The answer is exactly nothing, no basic requirement, no basic guideline. Nothing at all, except pious. How piouos we are will determine what and how we gonna build it. Why is it pious?? Pious muslim will have greater willingness and courage to provide the best for other muslim. To build and design it from 0, because we are the one who will be creating it, building it as what we need and what we want.

Why there is no specific basic?? For example, to have a dome, archway, and muslim’s country architecture design. That archway, dome and so on that people called “Islamic” is only a symbol that show the community of Islam. However, to create “Islamic” itself is not by the symbols. But through action and practice. How good we are in serving The Lord of The Lord. A Symbols is only a symbols. Anyone can use it. You can barely differentiate between a Malaysian's muslim with a non-muslim when their appearance looks alike. The non-muslim also can appears to looks like a muslim, and a muslim also can wear and appears like a non-muslims. In the end, symbols will only create misleading, and lead to misunderstanding. Then, only acts and how they fulfill their daily can show the differences.

To create a great islamic built-environment, the best formula is :

Islamic Values + Muslims Professional’s Creativity = Islamic Built Environment.

A good muslim professional’s should understand Islam from deep of his heart. The Pious one are different with just a Professional. The knowledge of Islam, worldview, and worldly, allows them to adapt islamic values into designation and planning of Built Environment. Allocation of certain development are not just made for aesthetic purpose, but also integrated with the translation of Sunnah and Quranic Referrence. Which make the base of planning more valid and practicable.

Then, in Accordance to feel "Islam" itself, live in it, and make it live. just like a bloom rose, everyone that nearing it, will sense the good smell of it,  like a lemon, fresh and inspiring, then people will not just live in Islamic community, but to practice an Islamic way of life and make it alive.
Perhaps, will find another source to update this entry. And I just can't wait to be in Dr. Spahic's class next semester.

Saturday, December 15, 2012

AMALAN HATI YANG TERBAIK BAGI SETIAP MUSLIM SEJATI

Dalam kehidupan seharian kita, kita sering dimomokkan dengan kata-kata dan janji-janji manis manusia, namun akhirnya kecewa dan ada yang sampai hilang arah tuju hidup. Oleh itu, Islam menyuruh umatnya untuk menuntuk ilmu dengan sesungguh-sungguhnya, dan mengamalkan setiap kebaikan di dunia ini. tidak kira lah sama ada kebaikan yang dilakukan itu, besar atau pun kecil, yang penting keikhlasan.

Setiap amalan kebaikan yang dilakukan, dilihat oleh mata kasar, namun bagaimana dengan hati kita? Hanya kita dan Dia sahaja yang tahu amalan hati kita. Kat sini, saya nak share serba sedikit tentang amalan hati yang terbaik bagi setiap muslim seperti yang ditulis dalam buku "Suburkan Bunga-bunga Hati Demi Mengecap Cinta Ilahi"

1- IKHLAS
"Janganlah sesekali kita meremehkan sebarang amalan yang telah kita kerjakan apabila kita berniat ikhlas untuk melakukannya. Walaupun amalan itu sedikit, namun jika diiringi dengan niat ikhlas, banyak pahala yang akan kita peroleh"

2- TAWAKKAL
"Tawakkal bukan sahaja berkaitan dengan urusan duniawi dan mencari rezeki semata-mata, bahkan diharuskan pula dalam masalah beribadat kepada Allah S.W.T. "

3- OPTIMIS
"seseorang yang menunggu sesuatu yang disukai, sedangkan ia telah menjalankan semua penyebab yang sesuai dengan syarat yang dikehendaki olehnya sehingga tiada lagi yang tertinggal kecuali hal-hal yang berada diluar jangkauan syarat dan kehendaknya sahaja."

4- TAKUT
"Rasa takut yang dianjurkan adalah yang mendorong pelakunya untuk mengerjakan perbuatan yang diwajibkan disamping yang disunnahkan, selain mendorongnya untuk meniggalkan perkara-perkara yang diharamkan di samping hal-hal yang syubhahdan yang dimakruhkan."



(SUBURKAN BUNGA-BUNGA HATI DEMI MENGECAP CINTA ILAHI - MUHAMMAD SHALIH AL-MUNAJJID)

Tuesday, December 11, 2012

MACAM MANA NAK BELANJA DUIT GAJI????

Aku ni tengah kering sekarang. Pasal apa??? pasal aku ni boros la... bukan sebab apa sangat pun, apa yang aku belanjakan pun, aku tak tau. yang aku tau, memang aku boros. So, sekarang ni, aku kena belajar catu duit hari-hari2... da terasa mcm balik ke zaman sekolah rendah bila dicatu duit hari2, tapi itu la yang paling berkesan pada aku. CATUAN!!!!!
Memandangkan aku ni boros, maka, pandai-pandai juga la aku mencari duit.. Cari kat mana?? takkan tong sampah kot??? isi tong sampah pun boleh buat duit sekarang ni... Tapi yang benarnya aku buat kerja part time. kerja part time ni memang memerlukan pengorbanan yang agak b esar aku rasa. Yelah, sebab kena korban masa, korban tenaga, dan korban waktu REHATTTTT..... Bayangkan kalau dalam seminggu aku cuma ada kelas pada hari rabu, hari-hari lain tu mau nye rilek je.. selain buat assignment aku tak tau nak buat apa. So, aku pun mula la misi mencari kerja part time. Kerja Telemarketing je pun, gaji pun boleh tahan, cuma penat je la, sebab kerja tu di Kelana Jaya. Pagi-pagi lagi aku kena gerak ke kelana Jaya dari LRT gombak. Stesen pertama, ke stesen terakhir. Mau dekat sejam dalam LRT Putra tu, lenguh betul duduk lama-lama, tapi nak diri lagi lenguh. 
Ok, gaji yang aku ditawarkan untuk kerja telemarketing tu RM70 sehari, aku rasa berbaloi la untuk student macam aku. Congak punya congak, gaji tu boleh la menampung sikit-sikit perbelanjaan aku lepas tolak duit tambang pergi kerja, duit makan, dan macam-macam lagi la. Memandangkan kerja tu kontrak sehingga projek selesai, maka aku pun bekerja la, untuk 10 hari saja,. Dapat la RM700. Dah dapat duit ni, aku pun duk kira-kira nk buat apa. dan akhirnya, perancangan aku nk beli henpon, sebab henpon aku masuk washing machine. Alhamdulillah, rezeki aku, mak aku suruh menyimpan, maka dapat henpon baru...selamat duit aku. So.. duit aku tu, ada lah aku simpan sikit, selebihnya guna untuk belanja sendiri. 
Aku pernah dengar, kalau diberi rezeki, sebaik-baiknya, perlu dirancang betul-betul, sebab dalam rezeki yang kita dapat tu, ada sebahagiannya untuk orang lain. Itulah namanya sedekah. Sebaik-baiknya, duit tu, diagih-agihkan mengikut keperluan. contohnya mcm ni:

  • 10% untuk dilaburkan kepada mahkluk Allah yang lain (sedekah)
  • 20% untuk simpanan 
yang selebihnya, aku suka buat macam ni plak.:
  • 50% untuk belanja diri sendiri
  • 20% untuk emergency (mana tau kot2 kawan ada nk pinjam urgent sangat)
ini secara kasarnya sahaja. Aku berani nk buat macam ni bukan sebab apa.. sebab aku ni bukan la SHOPAHOLIC atau pun suka membeli alat solek dsb. aku cuma pandai shopping barang-barang dapur dan MAKAN.. hehe
lagi satu, duit yang untuk disimpan tu, kalau rasa boros sampai tahap tak leh tgk ada duit, selagi mana boleh keluarkan, semua nk dibalun, simpan lah dalam simpanan tetap, x pun dalam bentuk pelaburan. setakat ni aku cuma melabur dalam Sijil simpanan Premium BSN je. 
sekarang ni, dah tau cam ne nk guna duit gaji kan.. pandai-pandai la menyimpan... menyimpan pun kena ada target. 

Pssssstttt... aku ni nak menyimpan tuk belanja kawen kononnya... :) heheh

Sunday, November 18, 2012

Boikot??? kenapa tak berkesan???

entry kali ni aku just nk sentuh sikit je bab boikot ni. sebenarnya bukan la apa sangat, cuma bila terbaca status fb sesetengah rakan, ada yang cuba memprovok kawan-kawan mereka untuk boikot barangan buatan israel. aku setuju mereka nk boikot barangan israel ni, cuma apa yang aku tak setuju adalah cara penyampaian mereka. setiap orang pasti punya cara tersendiri dalam menyampaikan sesuatu, tapi waspada lah dengan kata-kata dan tutur bicara, bukan apa, kdang2 apa yang kita lakukan tu menggambarkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Sebagai contoh yang baca dalam status fb kawan aku, ada yang menulis lebih kurang begini ayatnya " sapa makan burger free McD esok dia anj**g Israel". ayat nye terang2 mengajaka melakukan sesuatu dengan niat yang baik, tetapi disampaikan dalam medium yang kurang sopan, pada aku.

mengenai isu boikot ni, sebenarnya dah lama dianjurkan, seingat aku, sejak dari aku sekolah menengah dah ada kempen boikot ni. Tapi knp kempen ni masih lagi berlangsung sehingga ke hari ni? adakah ia menunjukkan kempen boikot kurang berkesan? mungkin ia kurang berkesan di negara kita kerana kita adalah sebuah negara yang sedang membangun, berbeza dengan sebuah negara yang telah membangun. Ekonomi di Malaysia banyak bergantung kepada investment dan market dari global. kalau dilihat dari segi ekonomi, dan aktiviti boikot, pada aku, lebih baik tingkatkan ekonomi dalam negara sendiri, dengan menggalakkan produksi yg pelbagai dan bermutu, barulah malaysia dapat bersaing dengan market dari global (yang majoritinya dipegang kuasa israel), dan dalam masa yang sama secara tak langsung dapat mengurangkan kemasukan produk2 dari global ni. itu pada padangan aku. banyak lagi perkara yang perlu aku study sebenarnya sebelum aku post bnda ni,cuma ingin meluahkan sedikit pendapat je.

yang penting kalau kita nk boikot ni, bermula dengan diri sendiri. jangan nak menyalak suruh orang lain boikot macam2, McD la, KFC la, mcm2 lagi, padahal isap rokok buatan israel, yang harganya sangat la mahal di malaysia skrg ni... siap ada yang buat statement, "aku tak leh hidup tanpa rokok". itu lagi memalukan.....

kalau ada salah dan silap harap maaf ye, mungkin ada yang terasa dengan post aku ni. mana kirang silakan tegur ye, so aku leh perbaiki tang yang kurang tu.

Sunday, August 26, 2012

oh Hati

hati..
seketul daging.. letaknya di dalam tubuh manusia
yang punya pelbagai rasa naluri
menjadi nadi setiap insan
berkasih sesama manusia

dan bila hati itu menyepi
umpama seketul daging yang tidak lagi berfungsi
dalam jasad yang tidak bernyawa
tiadalah maya dan upaya
melainkan hanya seketul daging
yang kian lama kian membusuk
akhirnya hancur dimamah waktu

hati dan perasaan
tidak dapat dipisahkan
tiada hati tiadalah rasa di jiwa
tiadalah insan dan kasih
melainkan hanya patung bernyawa
yang bila ditoreh kan berdarah
namun tiadalah terasa pedihnya

Saturday, August 4, 2012

Semua makanan ini hanyalah Lukisan (22 gambar)

Jenny Ezra: Semua makanan ini hanyalah Lukisan (22 gambar): Tjalf Sparnaay merupakan seorang pelukis terkenal dari Belanda yang mengutamakan tema makanan.Lukisan mengagumkan hasil kerja tangann...