Sunday, November 18, 2012

Boikot??? kenapa tak berkesan???

entry kali ni aku just nk sentuh sikit je bab boikot ni. sebenarnya bukan la apa sangat, cuma bila terbaca status fb sesetengah rakan, ada yang cuba memprovok kawan-kawan mereka untuk boikot barangan buatan israel. aku setuju mereka nk boikot barangan israel ni, cuma apa yang aku tak setuju adalah cara penyampaian mereka. setiap orang pasti punya cara tersendiri dalam menyampaikan sesuatu, tapi waspada lah dengan kata-kata dan tutur bicara, bukan apa, kdang2 apa yang kita lakukan tu menggambarkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Sebagai contoh yang baca dalam status fb kawan aku, ada yang menulis lebih kurang begini ayatnya " sapa makan burger free McD esok dia anj**g Israel". ayat nye terang2 mengajaka melakukan sesuatu dengan niat yang baik, tetapi disampaikan dalam medium yang kurang sopan, pada aku.

mengenai isu boikot ni, sebenarnya dah lama dianjurkan, seingat aku, sejak dari aku sekolah menengah dah ada kempen boikot ni. Tapi knp kempen ni masih lagi berlangsung sehingga ke hari ni? adakah ia menunjukkan kempen boikot kurang berkesan? mungkin ia kurang berkesan di negara kita kerana kita adalah sebuah negara yang sedang membangun, berbeza dengan sebuah negara yang telah membangun. Ekonomi di Malaysia banyak bergantung kepada investment dan market dari global. kalau dilihat dari segi ekonomi, dan aktiviti boikot, pada aku, lebih baik tingkatkan ekonomi dalam negara sendiri, dengan menggalakkan produksi yg pelbagai dan bermutu, barulah malaysia dapat bersaing dengan market dari global (yang majoritinya dipegang kuasa israel), dan dalam masa yang sama secara tak langsung dapat mengurangkan kemasukan produk2 dari global ni. itu pada padangan aku. banyak lagi perkara yang perlu aku study sebenarnya sebelum aku post bnda ni,cuma ingin meluahkan sedikit pendapat je.

yang penting kalau kita nk boikot ni, bermula dengan diri sendiri. jangan nak menyalak suruh orang lain boikot macam2, McD la, KFC la, mcm2 lagi, padahal isap rokok buatan israel, yang harganya sangat la mahal di malaysia skrg ni... siap ada yang buat statement, "aku tak leh hidup tanpa rokok". itu lagi memalukan.....

kalau ada salah dan silap harap maaf ye, mungkin ada yang terasa dengan post aku ni. mana kirang silakan tegur ye, so aku leh perbaiki tang yang kurang tu.

No comments:

Post a Comment