Tuesday, December 11, 2012

MACAM MANA NAK BELANJA DUIT GAJI????

Aku ni tengah kering sekarang. Pasal apa??? pasal aku ni boros la... bukan sebab apa sangat pun, apa yang aku belanjakan pun, aku tak tau. yang aku tau, memang aku boros. So, sekarang ni, aku kena belajar catu duit hari-hari2... da terasa mcm balik ke zaman sekolah rendah bila dicatu duit hari2, tapi itu la yang paling berkesan pada aku. CATUAN!!!!!
Memandangkan aku ni boros, maka, pandai-pandai juga la aku mencari duit.. Cari kat mana?? takkan tong sampah kot??? isi tong sampah pun boleh buat duit sekarang ni... Tapi yang benarnya aku buat kerja part time. kerja part time ni memang memerlukan pengorbanan yang agak b esar aku rasa. Yelah, sebab kena korban masa, korban tenaga, dan korban waktu REHATTTTT..... Bayangkan kalau dalam seminggu aku cuma ada kelas pada hari rabu, hari-hari lain tu mau nye rilek je.. selain buat assignment aku tak tau nak buat apa. So, aku pun mula la misi mencari kerja part time. Kerja Telemarketing je pun, gaji pun boleh tahan, cuma penat je la, sebab kerja tu di Kelana Jaya. Pagi-pagi lagi aku kena gerak ke kelana Jaya dari LRT gombak. Stesen pertama, ke stesen terakhir. Mau dekat sejam dalam LRT Putra tu, lenguh betul duduk lama-lama, tapi nak diri lagi lenguh. 
Ok, gaji yang aku ditawarkan untuk kerja telemarketing tu RM70 sehari, aku rasa berbaloi la untuk student macam aku. Congak punya congak, gaji tu boleh la menampung sikit-sikit perbelanjaan aku lepas tolak duit tambang pergi kerja, duit makan, dan macam-macam lagi la. Memandangkan kerja tu kontrak sehingga projek selesai, maka aku pun bekerja la, untuk 10 hari saja,. Dapat la RM700. Dah dapat duit ni, aku pun duk kira-kira nk buat apa. dan akhirnya, perancangan aku nk beli henpon, sebab henpon aku masuk washing machine. Alhamdulillah, rezeki aku, mak aku suruh menyimpan, maka dapat henpon baru...selamat duit aku. So.. duit aku tu, ada lah aku simpan sikit, selebihnya guna untuk belanja sendiri. 
Aku pernah dengar, kalau diberi rezeki, sebaik-baiknya, perlu dirancang betul-betul, sebab dalam rezeki yang kita dapat tu, ada sebahagiannya untuk orang lain. Itulah namanya sedekah. Sebaik-baiknya, duit tu, diagih-agihkan mengikut keperluan. contohnya mcm ni:

  • 10% untuk dilaburkan kepada mahkluk Allah yang lain (sedekah)
  • 20% untuk simpanan 
yang selebihnya, aku suka buat macam ni plak.:
  • 50% untuk belanja diri sendiri
  • 20% untuk emergency (mana tau kot2 kawan ada nk pinjam urgent sangat)
ini secara kasarnya sahaja. Aku berani nk buat macam ni bukan sebab apa.. sebab aku ni bukan la SHOPAHOLIC atau pun suka membeli alat solek dsb. aku cuma pandai shopping barang-barang dapur dan MAKAN.. hehe
lagi satu, duit yang untuk disimpan tu, kalau rasa boros sampai tahap tak leh tgk ada duit, selagi mana boleh keluarkan, semua nk dibalun, simpan lah dalam simpanan tetap, x pun dalam bentuk pelaburan. setakat ni aku cuma melabur dalam Sijil simpanan Premium BSN je. 
sekarang ni, dah tau cam ne nk guna duit gaji kan.. pandai-pandai la menyimpan... menyimpan pun kena ada target. 

Pssssstttt... aku ni nak menyimpan tuk belanja kawen kononnya... :) heheh

No comments:

Post a Comment